Assalamu'alaikum anak2 semua serta para pembaca yang dikasihi
Disini Pak Su Man ingin berkongsi website utk membantu perbaiki bacaan Al-Qur'an dengan cara dengar berulangkali dan mengulangi bacaan tersebut sendiri. Sebagai tambahan untuk memperelokan sebutan dan bacaan, elok juga sekiranya para pembaca yg dikasihi dapat sediakan dan refer pada Al-Qur'an Tajweed sambil mendengar bacaan dari website ini. Qur'an tak bertanda tajweed pon boleh juga. Maka dapatlah kita menanda tempat-tempat waqaf dan sebaginya. Disamping usaha2 ini, berguru dengan guru tajweed amatlah penting sekali untuk menambah lagi kemahiran bacaan dan sebutan huruf.
Website ini, dapat membantu dan membolehkan kita
- membuat pilihan surah, serta membuat pilihan untuk mendengar bacaan setiap ayat berulangkali.
- kita juga boleh memilih mana2 ayat dari mana2 surah
- kita juga boleh membuat carian bab-bab hukum mengenai topic2 yang kita mahu.
Insyaallah, semuga usaha kita untuk memperbaiki bacaan Al-Qur'an secara tartil, diberkati Allah SWT (Tartil, maknanya: mengelokkan bacaan huruf-huruf al-Qur'an dengan terang dan teratur, mengenal tempat2 waqaf secara betul sesuai dgn hukum-hakam tajwid dan bacaan tidak secara terburu-buru)
Ini website tersebut, dan dibawah ini, saya juga cuba untuk memberi guideline secara ringkas utk manafaat bersama.
http://www.islamicity.com/QuranSearch/?AspxAutoDetectCookieSupport=1
Apabila website ini di buka, akan dipaparkan menu utama. Cara menggunakna website ini sangat mudah sekali.
RUANG SEBELAH KANAN:
Petak "Chapter index"
- click utk pilih surah. Boleh juga pilih bahasa utk terjemahan, click didalam petak "Translation to display". kemudian click "go" untuk kesurah tersebut
- surah akan dipaparkan.
- Utk mendengar bacaan, ada 3 nama qari; Basit, Hussari, Minshawi. Click atas mana2 nama, dan bacaan akan kedengaran
Petak "Verse Search"
- Petak ini membolehkan kita cari surah yg perlu, contoh.. type 3:24 didalam petak, pilih bahasa terjemahan, dan click "Go".Ayat yg dipilih akan dipaparkan.
- Click diatas mana2 nama qari utk mendengar bacaan.
RUANG SEBELAH KIRI:
Petak "Word Search"
- pilih bahasa yg hendak diguna pakai sebagai keyword, boleh pilih didalam petak English ka atau malay ka
- kalau bahasa melayu dipilih, maka kena lah type (Contoh) "neraka", maka akan dipaparkan semua surah yg berkaitan dgn keyword tersebut. Dan setrusnya kalau english telah dipilih, maka kenalah type keyword didalam bahasa english juga.
Petak "Phonetic Search"
- didalam petak ini, kalau kita tahu bunyi dan sebutan ayat, contoh "walayauduhu", kita type saja didalam petak ini seperti bacaan didalam bahasa rumi. apabila kita tekan enter atau click go, maka application ini akan matchkan bunyi phonetic dan memaparkan semua ayat dari surah2 yg berkaitan dengan sebutan "walayauduhu"
- kalau nak dengar bacaan, sama seperti diatas juga, click lah diatas mana2 nama qari.
Petak "Topic search"
- kalau kita nak tau mengenai bab2 hukum yg berkaitan dengan (contoh) haji atau death, atau zakat, maka type didalam petak dan click go atau tekan enter.
- atau pun, klau tak pasti nak type apa tapi nak refer kepada surah dan ayat tentang hukum haji, sila lihat "Topic Index"(dibawah petak topic search), yg memaparkan huruf dar A hingga ke Z, click pada hurf H (utk carian Haji), huruf D (utk carian tentang Death) dan seterusnya mengikut pilihan anda.
Selamat mencuba!
Wassalam
(Ya Allah, aku mohon keredaan dan keampunanMu, rahmat dan belas kasihanMu keatas semua guru2ku yang telah memberiku ilmu yang bermanafaat. Permudahkan lah urusan mereka untuk terus mengajar dan mambantu kami yang memerlukan ilmu. Aku juga mohon kebaikan didunia dan diakhirat keatas mereka ya Allah, ameen)
Tuesday, February 28, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)