Thursday, December 03, 2009

Kes dan Bab kena naya? Kena zalim? Diinayai ka atau dizalimi ka?

Assalamu'alaikum & good evening pembaca yang budiman!
Tajuk yang Pak Su Man nak blog hari ini mengenai kes kena naya, atau dianiayai.

Kalau kita rasa kita kena naya, kita boleh buat report, dan serah pada undang-undang untuk buat pembelaan bagi pihak kita. Dan kalau nak mujarab lagi, kita minta pembelaan dari ALLAH S.W.T. Dan yang biasanya doa orang yang dizalimi mustajab.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Dan takutlah engkau akan doa orang yang dizalimi, sesungguhnya (doa orang yang dizalimi itu) tidak ada di antaranya dan di antara ALLAH pendinding." (Bukhari).

Kita juga pernah dengar, "Ingatlah, Doa orang yang teraniaya dimakbulkan ALLAH!"

Bagi orang-orang yang takutkan azab ALLAH dan hari pembalasan, mereka akan kecut perut bila diingatkan kepada mereka yang MENZALIMI. Herm...tapi kebanyakan orang-orang yang menganiaya orang ini, depa ni bodoh sombong. Tak mau belajar, tak mau faham dan tak mau takut kepada azab ALLAH!

Kalau depa tau, atau faham, tentu depa tak kan berani untuk menganiaya sesama makhluk ALLAH no!

Ni Pak Su Man nak cerita sikit, pasal bab naya ni, sebab Pak Su Man pernah kena naya. Dulu Pak Su Man minta tolong salesman ni jualkan kereta Proton Wira Pak Su Man. Bila dah dapat kereta baru, dia tukar dan ambil la kereta lama Pak Su Man. Dia bagi tau, jangan takut la... dia dapat jualkan dalam seminggu saja, lepas tu dia akan settle baki loan dan tukar nama semua.... beresss...DIA KATA!

Hampa tau tak, dia putar alam dengan Pak Su Man!! Dia putaq punya putaq... kereta pun dia tak jual... balance loan pun dia tak bayar... dia pakai pi joli sana sini...

Tup tup...dok dalam empat bulan ka, baru Pak Su Man tau dia kaki putaq alam... surat saman MPPJ sampai...!! Surat Polis Trafik sampai...!! Surat bank sampai...!!

Nak pendekkan cerita, Pak Su Man pun buat report... 4 ka atau lima kali...nothing happen... Setiap hari menangis dalam hati huii...huiii!! Sampai setahun dia dok buat kerja main aci lut dengan Pak Su Man... Bila kita phone, dia buat angkat tak angkat... !! Pak Su Man kena continue bayar loan, bayar saman... habis RM7,000.00

Disamping itu, Pak Su Man pun buat solat hajat juga setiap hari sambil mohon pembelaan dari ALLAH SWT dengan doa lagu ni,

"Ya ALLAH. Aku sudah di dianiayai oleh ..... Aku mohon kepada MU ya ALLAH, Engkau bukakanlah pintu hati orang ni supaya dia sedar akan kesalahan dia. Ya ALLAH, aku hanya mohon satu permintaan saja. Aku mohon supaya engkau gerakan hati orang ni supaya dia pulangkan kereta lama ku. Dan aku berjanji tidak akan buat apa pun pada dia. Sekiranya dia tak sedar juga dan tak pulangkan kereta lama ku, berilah pembalasan yang setimpal dengan kesalahan dia ya ALLAH. Tapi jika dia pulangkan kereta lama ku, kau ampunkan dia ya ALLAH!!"

Alhamdulillah, lebih kurang dalam dua minggu, tau tau, Pak Su Man terima talipon dari salesman ni. Dia kata, "Abang. Saya minta maaf banyak, saya dah buat dosa kat Abang. Sat lagi dalam lima minit, pi tengok kat luar rumah, kereta dah park kat tepi dan kunci dah ada dalam mailbox.

Pak Su Man pun talipon isteri, dia pi check, memang betul la!!

Jadi, disini Pak Su Man nak remind diri sendiri dan juga semuga dapat share iktibar dari Tajuk Naya Menaya ni.... atau Aniaya atau Zalim Menzalimi ni...

Zaman la ni macam2 cara sesaorang itu, atau masyarakat boleh di aniayai...

Tetapi ingatlah:
"Dan takutlah engkau akan doa orang yang dizalimi, sesungguhnya (doa orang yang dizalimi itu) tidak ada di antaranya dan di antara ALLAH pendinding." (Bukhari).

Wallah hua'lam

6 comments:

syukrina othman said...

Allahu Akbar, Allah maha besar.
doa orang yang dizalimi adalah salah satu doa yang mustajab..
Semoga kita dijauhi dari sifat dan sikap zalim sesama kita dan dizalimi..aminn ya rabbb..

Pak Su Man MAS said...

Syukrina; ameen....ya semuga Allah memberi kita petunjuk selalu supaya kita sentiasa berlaku adil sesama manusia.

Anonymous said...

Pak Su Man, Allah swt tidak akan memungkiri janji-janji nya. Didunia pun dah ditunjukkan makbulnya doa seorang yang diinaya.

Pak Su Man MAS said...

To Anonymous; ya, sesungguhnya Allah memberi keadilan dan pembelaan kepada hambaNya yg dianiayai, insyaAllah.

mawaddah said...

Thx 4 Sharing..

Pak Su Man MAS said...

Salam Mawaddah.
Thanks to you for visiting my blog.
- Pak su man