Sunday, December 05, 2010

Bahawasanya Mati Ini Adalah Benar.......

Assalamu'alaikum anak-anak ku, dan saudara-saudaraku yang dirahmati Allah SWT.
Semuga ini memberi peringatan, kesedaran, dan perubahan yang mendalam kepada kita semua sewaktu kita masih hidup dan sebelum kita mati....

Talkinkan diri sendiri ....
...sebelum kita ditalkinkan.....


(Petikan dari Diari Muslimin 2011, 1432-1433H)
WAHAI SAYA BIN IBU SAYA
-----------------------

Wahai SAYA Bin IBU SAYA -
Wahai SAYA Bin IBU SAYA -
Wahai SAYA Bin IBU SAYA -

Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah, yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA. Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa seperti kamu iaitu Munkar dan Nankir, maka janganlah berasa gentar dan takut. Janganlah kamu berduka cita dan risau serta janganlah kamu bersusah hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA bahawasanya Munkar dan Nankir itu hamba Allah Ta'ala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Ta'ala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata:
Siapakah Tuhan Kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah kiblat kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?


Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah. Biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Ta'ala Tuhanku.
Muhammad Nabik
Islam agamaku.
Baitullah itu kiblatku.


Semua orang Islam dan orang beriman adalah saudara aku. Kitab suci Al-Qur'an ikutanku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap, "La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA. Tetapkanlah hatimu. Inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di alam Barzakh sehingga sampai satu masa kelak. Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul diPadang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA. Bahawasnya mati ini adalah benar. Soalan malaikat Munkar dan Nankir didalam kubur ini adalah benar, Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar. Berkumpul dan berhimpun diPadang Mahsyar adalah benar. Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar. Minum di kolam air Nabi adalah benar. Ada Syurga dan Neraka adalah benar. Bahawasanya Hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang didalam kubur.

Diakhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal pada kamu di sisi Allah Ta'ala. Semuga Tuhan akan memberi kesejahteraan kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Ta'ala menjinakan hati kamu yang liar dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

"YA Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izzati amma yasifun wassalamun'alalmussalin walhamdulillahi rabbil alamin".

Setiap yang bernafas, pasti akan merasai mati, "Kullu nafsin zaa iqatul maut"

Firman Allah SWT didalam Surah al-A'sr(Maksudnya):
" Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaranm dan yang ingat-memperingati dengan kesabaran".

4 comments:

Days said...

salam pak su man.thanxs untuk ucapan birthday.thanxs jugak atas ingatan.send my belated birthday wishes to ur lovely daughter.may ALLAH bless her and ur family always.

Pak Su Man MAS said...

Salam.
You are most welcome..
InsyaAllah, akan Pak Su sampaikan kepada Zalikha 'Aliah.

Wassalam
- Pak Su Man

A Muslimah-Yan Journey said...

Salam pak su man.

saya mintak izin guna pak su man pyer entry utk dikongsikan di blog saya. saya ada kreditkan ur blog URL.
Ni my post regarding ur entry ok.
Tq in advance.
http://sweetypinkmama.blogspot.com/2011/11/dalam-mencari-erti-diri.html

Pak Su Man MAS said...

Assalamu'alaikum sweetpinkmama.
Terima kasih kerana layari blog Pak Su Man. Silakan, kita mesti saling memperingati each other untuk kesejahteraan didunia dan juga diakhirat, insyaallah. Sama2 lah kita mohon keredhaan dan keampunan Allah, rahmat dan belas kasihanNya keatas kedua ibu-bapa, keluarga kita, moyang kita, para guru kita, orang yang menyayangi kita, orang yang berbuat baik kepada kita, dan kepada semua muslimin dan Muslimat am nya, ameen.
Wassalam
- PAk Su Man